Menerajui Ummah ke arah penghayatan al-Quran dan al-Sunnah
Berperanan sebagai pusat rujukan dan penyebaran ilmu Membudayakan al-Sunnah dalam kehidupan masyarakat
Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia (IQ Malaysia) melihat satu perkembangan yang baik mutakhir ini apabila kesedaran Islam telah meresapi ke semua peringkat dengan begitu pantas. Ini sejajar dengan minat orang-ramai terhadap ilmu dan peranan yang dimainkan oleh para pendakwah.
Kini para pendakwah dan penceramah tidak hanya terdiri dari kalangan ustaz tempatan yang mengajar di pondok-pondok, sekolah agama rakyat atau di ceruk kampung dan pekan kecil. Ramai juga dari kalangan mereka hari ini telah masuk ke media elektronik dan menjadi "ustaz atau ustazah selebriti"
Biro Pemuda, Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ) terpanggil untuk memberikan pandangan diatas polemik pengagihan makanan kepada golongan tidak berumah (homeless) yang dilakukan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur.
Berpandukan beberapa siri laporan media, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor memberikan arahan agar pengagihan makanan percuma kepada golongan gelandangan dan homeless dihentikan atau berdepan dengan tindakan undang-undang mulai Isnin ini.
Mahkamah Syariah daerah Gombak membebaskan bekas mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin daripada tuduhan mengajar tanpa tauliah di Selangor pada tahun 2009.
"Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh.
"Oleh itu mahkamah memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan," kata Hakim Syarie Shaiful Azli jamaluddin sewaktu membacakan keputusan pagi ini.
Sewaktu membacakan fakta kes daripada perbicaraan, Hakim Shaiful Azli menegur cara pihak pendakwaan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak dan cara mereka melakukan serbuan terhadap Asri.
Mempelajari hadith itu bagus dan baik sekali. Perkembangan kesedaran dan bertambah bilangan mereka yang belajar ilmu hadith amat menggalakkan. Namun timbul suatu gejala baru yang pantas merebak terutama bagi yang baru kenal ilmu hadith.
Gejala meremehkan fiqh mazahib
Kita mudah sekali melihat keadaan ini. Ia seakan-akan fenomena yang menjadi trend buat sebahagian penuntut ilmu hadith. Slogan fiqh al-hadith/fiqh sunnah tak salah tapi hingga tahap terlalu mudah melemahkan aqwal para aimmah mazahib bagi saya seperti ada yang tak kena.
Pada kesempatan kali ini, saya akan bercerita tentang seorang ulama ahli hadis dan fiqh di Madinah dari kalangan tabiin. Beliau adalah ‘Urwah bin Al-Zubeir bin Awwam. Bapanya adalah Al-Zubeir bin Al-‘Awwam seorang sahabat Nabi Saw dan termasuk dalam senarai 10 orang yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah Saw. Manakala ibunya, iatu Asma binti Abu Bakar, adalah puteri pertama sayyidina Abu Bakar Siddiq, dan kakak Siti Aisyah isteri kesayangan Baginda Nabi Saw.
Sejak kecil, ‘Urwah tinggal di rumah Siti Aisyah. Dan dari beliaulah ‘Urwah menimba hadis, tafsir, fiqh, faraid dan berbagai ilmu lainnya. Sehingga apabila beliau dewasa, ‘urwah ia diakui sebagai salah seorang daripada tujuh fuqaha Madinah (al-fuqaha al-sab’ah) yang menjadi rujukan fatwa pada masa itu. ‘Urwah bin Al-Zubeir meninggal dunia pada tahun 94 H.
Saya menemukan salah satu kisah yang menarik untuk saya kongsikan kepada pendengar pada petang hari ini. Kisah ini terdapat di dalam kitab “Wafayat Al-A’yan” karya Ibn Khillikan, juga kitab “Siar A’lam Al-Nubala” karya Imam Al-Dzahabi.
Suatu hari ‘Urwah diundang oleh Khalifah Walid bin Abdul Malik untuk datang ke istananya di Syam. ‘Urwah segera memenuhi jemputan tersebut lalu berangkat dari Madinah ke Syam. Di tengah perjalanan, ‘Urwah merasakan sesuatu penyakit di kakinya. Tidak lama kemudian, timbul sebuah bisul di kakinya itu yang lalu pecah dan menjadi sebuah luka.
Setibanya di Syam, Khalifah Al-Walid mendatangkan seorang tabib untuk memeriksa luka tersebut. Setelah memeriksa penyakit itu dengan seksama, tabib menyimpulkan bahwa luka tersebut sebuah infeksi yang harus segera ditangani, sebab jika tidak segera dihentikan, ia akan menyebar ke seluruh badan. Tabib itu menambahkan, satu-satunya cara untuk menghentikan penyebaran infeksi itu adalah dengan memotong kaki tersebut.